Pages

Tuesday, July 10, 2012

Asus Taichi, Bila tablet dan notebook bersatu

0 comments

Nak cari satu tablet yang boleh berfungsi seperti notebook amat sukar sekali, sebab takde tablet yang ada ciri-ciri seperti notebook. tapi kita amat bertuah sekali kerana sekarang kita mempunyai tablet daripada Asus yang berfungsi seperti itu.



Asus TAICHI ialah dwi-skrin notebook/hibrid tablet yang menggunakan Microsoft's Windows 8. Tablet ini mempunyai dua versi iaitu: model 11.6 inci dan 13.3 inci, kedua-dua model ini dikuasakan oleh Intel's Ivy Bridge Core i7 processor. Kedua-dua model ini mempunyai paparan Super IPS + Full HD LED-backlit di kedua-dua bahagian muka dan mempunyai skrin sesentuh dibahagian luar.

Asus TAICHI boleh digunakan sebagai tablet pelbagai sentuh dengan sokongan stylus semasa ia sedang di tutup, tetapi apabila dibuka dan papan kekunci QWERTY didedahkan, ia boleh digunakan sebagai Ultrabook. Mempunyai processor Core i7, Asus TAICHI juga didatangkan dengan 4GB RAM, Penyimpanan SSD, 2 kamera, dan ia juga disokong oleh dual-band WiFi 802.11n. Asus TAICHI adalah satu tablet yang menarik dan menakjubkan, tetapi tiada sebarang maklumat tentang harga dan bila ia akan dikeluarkan.




Friday, July 6, 2012

Hasil Lukisan Waktu Rehat Tengah Hari

0 comments

Gregory Euclide ialah seorang pelukis seni dan seorang guru yang tinggal di Minnesota River Valley. 25 minit waktu makan tengah hari di sekolah, Euclide mula menghasilkan lukisan sementara di papan putih sebagai demonstrasi kepada pelajarnya tenta alam semula jadi. Dia memberitahu konsep ini aka memberi kesan kepada masyarakat tentang dunia alam semula jadi dengan menyatakan, "Apabila seseorang mengambil tahu dan mengambil masa terhadap alam semula jadi, mereka akan mengetahui bagaimana perlakuan mereka memberi kesan terhadapnya. Dia menghasilkan lukisan dengan menggunakan dakwat Sumi Jepun, pemadam dan kertas tuala. Hasil kerjanya berjaya dipamerkan di galeri dan telah memenangi 2012 Grammy Award sebagai cover album untuk kumpulan musik Bon Iver.


Thursday, July 5, 2012

Pertunjukan Bunga Api Sempena 236 Amerika

0 comments

Bunga api bila dimainkan sudah tentu ramai yang melihat, seperti Tahun Baru, Hari Kemerdekaan. Tak kurang juga bila ada sambutan hari raya sesuatu kaum, seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Tapi bunga api yang aku nak tunjuk ini adalah sambutan hari lahir ke-236 Amerika. Sebuah negara yang mempunyai bunga api yang paling besar, paling kuat, dan paling lama dimainkan.


Tekkeon TekCharge MP1820 Bateri mudah alih untuk gajet

0 comments


Bateri habis bila disaat ita memerlukan memang agak menyakitkan hati dan tension. Tapi sekarang korang tak perlu risau lagi dengan masalah ini. Pada hari ini aku nak tunjuk kat korang semua bateri mudah alih yang mampu membantu korang untuk charge gajet-gajet korang di waktu kecemasan


Tekkeon TekCharge MP1820ini ialah bateri mudah alih yang boleh charge semula pelbagai jenis gajet seperti iPhone, iPad, Handphone, Kamera digital, Mp3 player dan lain-lain lagi. Tekkeon TekCharge di datangkan dengan 4800mAh rechargeable Lithium-ion battery untuk charge semula gajet korang, dan mempunyai penunjuk LED yang memaparkan berapa banyak kuasa bateri yang tinggal. Korang juga boleh menggunakan Tekkeon TekCharge sebagai lampu suluh jika memerlukan. Jika korang nak charge semula gajet korang, bateri mudah alih ini didatangkan dengan standard USB dan mini USB port. Tekkeon TekChargeMP1820 ini adalah gajet yang berguna, terutama sekali bila pergi melancong. Harga bateri mudah alih ini berharga $49.99 usd.

Sunday, July 1, 2012

Google Nexus 7 terbaik tetapi ada kelemahan

0 comments

Jika korang tengah mencari Android tablet, dimaklumkan bahawa Google sekarang telah mengumumkan tablet terbaru mereka iaitu tablet Nexus 7. Nexus 7 dibuat oleh Asus dan tablet 7 inci ini dikuasakan oleh NVIDIA's quad-core Tegra 3 processor dan RAM 1GB. Didatangkan dengan 8GB atau 16GB storan dalaman. Terdapat kelemahan disini, dimaklumkan bahawa tablet ini tidak mempunyai slot memori. Nexus 7 menggunakan 7 inci 1280X800 HD IPS paparan skrin sesentuh tahan calar.


Mempunyai 1.2 Megapixel camera di hadapan dan menyokong WiFi 802.11 b/g/n, GPS, dan Bluetooth. Dilengkapi dengan magnetometer, gyroscope, accelerometer, mikrofon dan speaker.
Tablet ini menggunakan 4325mAh bateri yang boleh menampung penggunaan aktif lebih dari 8 jam. Size tablet ini berukuran 198.5 x 120 x 10.45 dan mempunyai berat sebanyak 340g, software tablet ini didatangkan dengan Android 4.1 Jelly Bean.


Google Nexus 7 hanya boleh diperolehi pertengahan Julai di US, di Malaysia belum diketahui lagi, dan harga untuk model 8GB $199.99 dan model 16GB ialah $249.





3 tips untuk berasa segar

0 comments


Rasa tidak bersemangat untuk habiskan kerja yang tertangguh setelah seharian berada di pejabat. Dengan kerja yang tidak menentu , pasti badan akan berasa cepat penat dan letih.

Ikuti 3 tips ini untuk anda berasa lebih segar untuk bekerja dan menamatkan aktiviti harian anda!

Curi masa untuk lelapkan mata
Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur di waktu malam secukupnya. Pada waktu tengahari curi masa setengah jam untuk segarkan tubuh badan kita yang pasti memerlukan rehat dari segi fizikal dan minda untuk menamatkan hari bekerja dengan produktif.

Minum air bersama hirisan sitrus
Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas anda bangun dari tidur. Ini untuk mengejutkan metabolism anda untuk lebih bersemangat untuk memulakan hari anda.

"Hirup" lebih cahaya
Pasti anda biasa melihat meja makan yang disusun di kebanyakkan rumah di luar negara pasti bersebelah dengan tingkap bukan? Bukan sahaja menjadi salah satu ruang dekorasi namun ianya mempunyai kelebihan jika kita bersarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur. Jadi cuba ubah sekali-sekala arah meja makan anda agar dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan diri anda.