Pages

Tuesday, July 10, 2012

Asus Taichi, Bila tablet dan notebook bersatu

Nak cari satu tablet yang boleh berfungsi seperti notebook amat sukar sekali, sebab takde tablet yang ada ciri-ciri seperti notebook. tapi kita amat bertuah sekali kerana sekarang kita mempunyai tablet daripada Asus yang berfungsi seperti itu.



Asus TAICHI ialah dwi-skrin notebook/hibrid tablet yang menggunakan Microsoft's Windows 8. Tablet ini mempunyai dua versi iaitu: model 11.6 inci dan 13.3 inci, kedua-dua model ini dikuasakan oleh Intel's Ivy Bridge Core i7 processor. Kedua-dua model ini mempunyai paparan Super IPS + Full HD LED-backlit di kedua-dua bahagian muka dan mempunyai skrin sesentuh dibahagian luar.

Asus TAICHI boleh digunakan sebagai tablet pelbagai sentuh dengan sokongan stylus semasa ia sedang di tutup, tetapi apabila dibuka dan papan kekunci QWERTY didedahkan, ia boleh digunakan sebagai Ultrabook. Mempunyai processor Core i7, Asus TAICHI juga didatangkan dengan 4GB RAM, Penyimpanan SSD, 2 kamera, dan ia juga disokong oleh dual-band WiFi 802.11n. Asus TAICHI adalah satu tablet yang menarik dan menakjubkan, tetapi tiada sebarang maklumat tentang harga dan bila ia akan dikeluarkan.




0 comments:

Post a Comment