Pages

Sunday, July 1, 2012

Google Nexus 7 terbaik tetapi ada kelemahan

Jika korang tengah mencari Android tablet, dimaklumkan bahawa Google sekarang telah mengumumkan tablet terbaru mereka iaitu tablet Nexus 7. Nexus 7 dibuat oleh Asus dan tablet 7 inci ini dikuasakan oleh NVIDIA's quad-core Tegra 3 processor dan RAM 1GB. Didatangkan dengan 8GB atau 16GB storan dalaman. Terdapat kelemahan disini, dimaklumkan bahawa tablet ini tidak mempunyai slot memori. Nexus 7 menggunakan 7 inci 1280X800 HD IPS paparan skrin sesentuh tahan calar.


Mempunyai 1.2 Megapixel camera di hadapan dan menyokong WiFi 802.11 b/g/n, GPS, dan Bluetooth. Dilengkapi dengan magnetometer, gyroscope, accelerometer, mikrofon dan speaker.
Tablet ini menggunakan 4325mAh bateri yang boleh menampung penggunaan aktif lebih dari 8 jam. Size tablet ini berukuran 198.5 x 120 x 10.45 dan mempunyai berat sebanyak 340g, software tablet ini didatangkan dengan Android 4.1 Jelly Bean.


Google Nexus 7 hanya boleh diperolehi pertengahan Julai di US, di Malaysia belum diketahui lagi, dan harga untuk model 8GB $199.99 dan model 16GB ialah $249.





0 comments:

Post a Comment