Pages
Tuesday, June 26, 2012
Bagaimana M&Ms dicipta
Seperti kebanyakkan ciptaan, anda tidak menjangka bagaimana makanan manis yang istimewa ini mula wujud. Forrest Mars Seniors dari Mars Candies sedang menggembara di Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol. Dia melihat askar-askar sedang makan sesuatu yang kelihatan seperti gula-gula. Ia sebenarnya coklat berbalut gula keras. Anda pernah mendengar mengenainya? Balutan itu dibuat agar coklat itu tidak cair. Mars merasakan ini idea yang hebat dan pulang untuk mencipta resepi untuk M&Ms Plain Chocolate Candies.
Orang Ramai mula mengenalinya pada tahun 1941, tetapi askar Amerika yang berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua mencubanya sebelum itu kerana M&Ms disertakan dalam catuan makanan mereka, yang dibungkus dalam tiub. Pihak tentera suka dengan snek ini, kerana ia boleh dibawa di tempat yang mempunyai berbagai-bagai cuaca. Pada akhir 1940-an, M&Ms digemari oleh orang ramai, dan tiub itu digantikan dengan bungkusan berwarna coklat. Pada 1954, M&Ms Peanut Chocolate Candies pula diperkenalkan, dan pada tahun yang sama datang pula watak M&Ms dan slogan, "Coklat yang cair di dalam mulut dan bukan di dalam tangan anda".
M&Ms adalah singkatan untuk Mars and Murrie, sempena Forrest Mars and Bruce Murrie, yang menghasilkan gula-gula ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment