Siapa tak tahu kereta BMW, laki atau perempuan semua tahu kereta BMW. Sekarang model yang terhangat BMW 1 Series M Coupe telah tiba di Malaysia. Menggunakan enjin enam silinder dengan teknologi BMW M TwinTurbo, kereta ini baru sahaja menerima Best In Class Award di 2012 International Engine of the Year Award. 3.0 liter unit kuasa digabungkan dengan ciri-ciri BMW M, membuatkan kereta ini membunyai prestasi dan kecekapan yang kontemporari, dengan menghasilkan kuasa 250kW/340bhp dan tork maksimum 450Nm dari revolusi serendah 1500rpm.
BMW 1 Series M Coupe terbaru ini mampu memberi prestasi di jalan raya sama seperti di dalam trek perlumbaan dengan keupaayaan memecut dari 0 - 100km/h dalam masa 4.9 saat, sangat menakjubkan.
0 comments:
Post a Comment