Pages

Monday, June 11, 2012

iOS6 Di Lancarkan Malam Ini?


Apple Inc akan memulakan Persidangan Tahunan Pemaju Sedunia (WWDC) 2012 bermula lewat malam nanti (waktu Malaysia) hingga 15 Jun di San Francisco, Amerika Syarikat.
Persidangan tahunan tersebut membangkitkan beberapa spekulasi tentang apa yang syarikat itu bakal tawarkan di kedai elektronik nanti kepada para hadirin dan peminat fanatik Apple di seluruh dunia.

WWDC 2012 dijangka akan merangkumkan beberapa teknologi segar termasuk dikatakan hampir seluruh barisan Mac iaitu Mac Pro, Macbook dan iMac akan dimajukan. Malah terdapat juga cakap-cakap mengatakan terdapat integrasi Facebook untuk iOS, selain fungsi Siri diintegrasi untuk iPad, penambahbaikan iCloud, serta sistem operasi khas mereka iOS 6 di samping OS yang diumumkan sebelum ini, OS X 10.8 Mountain Lion.

Mac lebih besar
Selepas diam tanpa apa-apa benda baru sejak musim panas 2010, desktop Apple iaitu Mac dijangka menerima kemaskini yang akan diperkenalkan ketika WWDC. Malah menurut sumber, terdapat laporan mengatakan tiga model baru Mac Pro akan diperkenalkan dengan salah satu daripadanya yang boleh digunakan sebagai pelayan OS X.
Walaupun belum jelas apa yang baru bakal ditawarkan Mac Pro tetapi spesifikasinya bakal mempunyai cip Intel Xeon E5, teknologi I/O Thunderbolt dan port USB 3.0 (mungkin 2 unit). Menambah kepada spekulasi Mac Pro tersebut ialah kejatuhan harga Mac Pro sedia ada di kedai-kedai atau stor-stor Apple seperti yang anda boleh lihat di Malaysia juga.

iOS 6
Kebanyakan pemerhati Apple percaya syarikat itu sekurang-kurangnya akan memberikan gambaran kepada iOS 6, versi seterusnya untuk platform mudah alih Apple walaupun ia tidak dijangka untuk tiba dengan cepat. Satu khabar angin popular yang bermula pada laman web tertentu mengatakan Apple akan mengintegrasikan Facebook ke iOS, serupa dengan apa yang Apple lakukan dengan Twitter pada tahun 2011.

Jika ini benar, ia bakal membenarkan anda untuk berkongsi gambar, pautan, dan kandungan lain ke Facebook dengan hanya dengan beberapa klik berbanding log masuk dan keluar apps Facebook iOS yang leceh.

Integrasi Facebook juga boleh membuatkannya lebih mudah untuk mendaftar masuk ke aplikasi lain dalam iOS dan perkhidmatan web dengan hanya menggunakan ID Facebook anda.
Pengguna iPad Apple tidak lama lagi mungkin dapat bercakap dengan tablet mereka dengan cara yang sama mereka lakukan pada iPhone 4s. Apple akan fokus kepada integrasi arahan suara Siri akan datang untuk iPad dengan iOS 6.

Apple juga dijangka membuang Google Maps pada iOS 6 dan mula menggunakan teknologi pemetaan sendiri. Aplikasi peta baru dijangka melakukan penampilan sulung pada awal Rabu ini di WWDC iaitu pertengahan persidangan. Menurut The Wall Street Journal, Apple pada tahun-tahun kebelakangan ini telah bergabung dengan beberapa syarikat pemetaan termasuk Placebase, C3 Technologies dan Poly9, yang mencetuskan desas-desus tersebut.

iCloud
Pada pertengahan Mei, laporan baru menunjukkan iCloud akan tampil dengan ciri baru termasuk ciri-ciri perkongsian gambar baru. Ciri-ciri baru akan membenarkan anda berkongsi foto dengan pengguna lain di persekitaran iCloud yang kemudiannya boleh melihatnya dan mengulas mengenai foto anda. Mengikut The Wall Street Journal lagi, Apple juga boleh meningkatkan iCloud.com dengan menambah akses kepada iOS Notes dan aplikasi Reminder. Ia memberikan anda akses kepada mel, kenalan, kalendar, dokumen, dan ciri Find My iPhone.

Kemaskini MacBook
Apple boleh membuat perubahan dramatik kepada barisan produk laptop MacBook Pro, termasuk ciri definisi tinggi paparan 'retina', cip Ivy Bridge, dan storan flash. Laptop baru kali ini juga akan hilang pemacu optiknya, menjadikannya lebih nipis daripada versi semasa.

Mountain Lion
Sudah pasti, Apple akan membincangkan OS X 10.8 Mountain Lion semasa ucaptama WWDC malam ini. Versi terbaru OS X telah mula dikeluarkan sebagai previu pembangun pada Februari lepas. Banyak yang telah diketahui tentang apa yang Mountain Lion boleh lakukan termasuk ciri-ciri keselamatan baru yang dipanggil Gatekeeper, meningkatkan integrasi iCloud dan aplikasi iOS serta ciri-ciri lain seperti Reminder, Notes, Game Center, Messages, Notification Center dan Share Sheets

Apple TV
Satu demonstrasi perisian Apple TV baru juga mungkin diperkenalkan di WWDC kali ini. Tidak banyak yang diketahui mengenai model masa depan Apple seperti yang diidamkan CEO terdahulu Steve Jobs tapi cirinya mungkin satu cara untuk anda mengawal semua komponen hiburan rumah anda dari jauh hanya menggunakan aplikasi.
Walau bagaimanapun, fungsi ini perlu diaktifkan dengan pengilang peranti jadi ada kemungkinan besar ia tidak akan boleh didapati untuk perkakasan elektronik di rumah anda sekarang.

0 comments:

Post a Comment