Pages

Wednesday, September 26, 2012

Selesaikan Kiub Rubik dalam masa 5 saat

0 comments

Jika korang bukan salah seorang daripada orang yang mampu menyelesaikan Kiub Rubik dalam masa 5 saat, dan menyusun semula pelekat tidak sesuai untuk korang, kini ada satu trick yang menyeronokkan. Ia adalah versi khas puzzle 3x3 yang boleh menyelesaikan secara automatik dengan sendiri.


Direka untuk persembahan silap mata, kiub khas ini boleh disusun semula, dicampur adukkan warna dan apabila dilambung ke udara, ia menyelesaikan kiub itu dengan sendiri dan pulih kepada warna asalnya. Saya tidak tahu macammana kiub ini berfungsi, tetapi seorang lelaki di China Kingmagic telah menghasilkan teknik ini pada tahun 2007.

Cuba tonton video trick yang berjaya dia buat pada tahun 2007, lepas ni boleh la buat trick depan budak-budak, kalau tak pun boleh lawan siapa boleh selesaikan kiub rubik dengan cepat huhuhu..



Tuesday, September 25, 2012

Bahaya Korek Telinga

0 comments



Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita. Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.

Kedua-duanya digunakan oleh mereka bertujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Monday, September 24, 2012

Sony Melancarkan PS3 "Super Slim" Terbaru

0 comments




Sony baru-baru ini telah melancarkan sistem permainan video yang terbaru. Syarikat itu telah melancarkan Playstation 3 yang direka semula pada sidang akhbar di pre-Tokyo Game Show rabu lalu.

Model "Super Slim" yang terbaru itu adalah lebih kurang saiz komputer riba, dan separuh daripada model asal Playstation 3 yang pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 2006.

Sunday, September 23, 2012

Hasil Seni Syiling

0 comments

Jacqueline Lou Skaggs menghasilkan 12 hasil seni kecil yang di perbuat daripada syiling. setiap hasil seni menggunakan hasil tangan yang teliti. Koleksi seni ini bertajuk "Tondi observation". Jom tengok 12 hasil seni yang telah dia reka.

Tuesday, September 18, 2012

Jangan menelan gula-gula getah

1 comments



Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut. Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung. 

Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu. 

Silap Mata yang mengagumkan di Penn and teller Fool Us

0 comments

Penn and Teller Fool Us sebuah rancangan yang mengumpul pelbagai ahli silap mata dari seluruh dunia. Setiap peserta akan membuat silap mata mereka, dan jika berjaya mengagumkan Penn dan Teller dengan pertunjukan mereka, mereka akan dibawa ke vegas. Untuk pengetahuan, Penn dan Teller merupakan ahli silap mata, mereka tau berbagai-bagai teknik silap mata yang ada. Jadi jika silap mata itu sesuatu yang baru bagi mereka dan tidak pernah lihat, mereka akan pilih peserta itu.

Saya selalu tengok video mereka di youtube, tapi apa yang saya nak tunjuk ini adalah salah satu teknik silap mata yang menarik dan mengagumkan dihasilkan oleh Shawn Farquhar di rancangan Penn and Teller Fool Us.