Pages

Monday, September 24, 2012

Sony Melancarkan PS3 "Super Slim" Terbaru




Sony baru-baru ini telah melancarkan sistem permainan video yang terbaru. Syarikat itu telah melancarkan Playstation 3 yang direka semula pada sidang akhbar di pre-Tokyo Game Show rabu lalu.

Model "Super Slim" yang terbaru itu adalah lebih kurang saiz komputer riba, dan separuh daripada model asal Playstation 3 yang pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 2006.


Sony berkata, mereka membentuk semula model itu 20 peratus lebih kecil dan 25 peratus lebih ringan dari model sedia ada. Menggunakan panel pintu gelongsor untuk memasukkan disk dan bukannya slot-loading drive seperti model yang sebelum ini.

Harga Playstation 3 untuk di Malaysia belum diketahui, peminat game sume boleh la kumpul duit mulai sekarang.



0 comments:

Post a Comment