Pages

Tuesday, March 27, 2012

Hobi aneh selebriti terkenal

Mengumpul setem, mengumpul rantai kunci atau mengumpul komik, itulah antara hobi yang biasa anda dengari sejak dari kecil lagi. Namun tahukah anda, ada sesetengah selebriti terkenal yang memiliki koleksi yang aneh?

Rod Stewart – Model keretapi


Anda pasti sangka hobi Rod Stewart ialah mengumpul gitar, album rock atau supermodel. Tapi tidak. Stewart sangat meminati model keretapi. Pelan skala HO 23x124 kaki di kediamannya di Los Angeles diinspirasikan dari New York Central dan stesen keretapi Pennsylvania pada tahun 1940-an. Malah ia dipaparkan dalam majalah Model Railroader pada tahun 2007 dan 2010. Pada tahun 2007, Stewart yakin mengatakan dia lebih suka menjadi model majalah keretapi daripada majalah hiburan. Malah dikatakan keghairahannya ini menjadi antara punca perceraian keduanya
.
Kiefer Sutherland – Gitar Gibson


Pelakon siri televisyen "24" ini merupakan pengumpul gitar Gibson. Dia dikatakan memiliki 38 buah gitar Gibson dan disimpan di dalam studionya yang dibina untuk memupuk minat beliau bermain muzik. Cintanya pada gitar bermula selepas dia mendengar lagu-lagu Jimmy Page dan Angus Young. Sekalipun dia suka memetik gitarnya, Kiefer mengatakan dia seorang penggemar dan bukan pemuzik. Namun begitu, pereka gitar Gibson telah mencipta sebuah gitar Gibson khas untuknya dan diberi nama Gibson Kiefer Sutherland KS-336.

Quentin Tarantino – Papan permainan berdasarkan siri TV


Tarantino merupakan seorang ikon budaya pop. Malah ia terlihat dalam hobinya sebagai pengumpul permainan siri TV (board game). Dalam satu temuramah, dia menunjukkan koleksinya yang disusun mengikut genre. Permainan kegemarannya ialah "Dawn Of The Dead" dan "Universe". Tarantino juga memiliki permainan "Plantoon" dan berharap agar dapat bermain permainan itu dengan pengarahnya, Oliver Stone!

Reese Witherspoon – Kain linen antic


Dilahirkan sebagai gadis selatan di New Orleans, Louisiana, hobinya mengumpul kain linen antik ini memang cukup sesuai dengan dirinya. Tambahan lagi, Witherspoon juga amat menggemari sulaman halus. Sungguh kewanitaan!

Brad Pitt – Seni logam


Kekasih hati aktres Angelina Jolie ini suka mengumpul hasil seni daripada logam. Malah Pitt sebenarnya sangat gemar dengan hasil seni dan pernah muncul di sebuah galeri di Basel, Switzerland untuk membeli lukisan bernama "Etappe" oleh Neo Rauch yang bernilai AS$1 juta (RM3.05 juta)!

Nicole Kidman – Syiling Judea


Nicole Kidman memang seorang yang aneh. Selain daripada menghabiskan masa senggangnya bermain Nintendo, pemenang anugerah Oscar ini juga suka mengumpul syiling kuno Judea. Disebabkan jumlah syiling ini yang tidak banyak, ia merupakan satu hobi yang agak sukar untuk dilakukan setiap masa.

Tom Hanks – Mesin taip


Berapakah jumlah mesin taip yang dimiliki Tom Hanks? Dalam 200 buah mesin taip manual! Malah dia memiliki sebuah mesin taip mudah alih model Corona dan sering dibawanya untuk mempromosi filem "Larry Crowne". Malah sepanjang waktu promosi, Tom turut mengambil beberapa gambar dengan modelnya itu. Kata Tom, dia sukakan mesin taip kerana perasaan menaip menggunakan alat itu umpama mengukir perasaan di atas batu. Katanya...

Angelina Jolie – Pisau


Anda pasti sangka kami nak buat lawak tentang hobi Jolie mengumpul anak kan? Tidak. Hobi asal Angelina Jolie ialah mengumpul pisau. Ibunya membelikan Jolie pisaunya yang pertama pada usia 12 tahun dan koleksinya pun bermula. Jolie pernah dikatakan gemar mengelar teman lelakinya ketika sedang mengadakan hubungan seks. Malah Jolie sudah mula memperkenalkan hobinya itu kepada anaknya Maddox.

Claudia Schiffer – Serangga


Model kelahiran Jerman ini memang sangat sukakan serangga. Rumahnya dipenuhi dengan imejan serangga, sesetengahnya dihasilkan daripada bahagian serangga sebenar dan digantung dengan penuh megah di ruang tamunya. Malah koleksi pakaian kait rekaannya pada tahun 2011 diinspirasikan daripada labah-labah.

Johnny Depp – Pengumpul segala macam keanehan


Depp adalah raja bagi segala koleksi benda aneh. Koleksinya dimulakan dengan tulang burung merpati, selain kelawar dan serangga. Malah dia memiliki kedai serangga kegemarannya di Perancis. Dia juga mengumpul barang milik penulis Jack Kerouac, ini termasuk manuskrip penulisan Kerouac, jaket, kot hujan dan juga bagasi penulis tersebut. Depp juga mengumpul lampu-lampu yang aneh dan berseni, juga gambar badut yang dikatakan dilukis oleh pembunuh bersiri John Wayne Gacy. Mungkin Depp patut mula mengumpul watak-watak aneh lakonannya juga.

0 comments:

Post a Comment