Pages

Monday, March 26, 2012

Tujuh pelakon British yang berjaya mengaburi peminat

Anda sangka mereka pelakon Amerika, atau datang dari Selatan, atau mungkin juga berdarah keturunan Itali-Amerika kerana lakonan mereka yang cemerlang dalam mempamerkan watak-watak tersebut. Namun sebaik sahaja mereka membuka mulut, anda terus berkata "Dia lelaki British?" Ini antara pelakon British yang berjaya mengejutkan para penonton dengan slanga palsu dan slanga sebenar mereka.

Andrew Garfield


Anda mungkin pernah melihat Garfield dalam filem "The Social Network" dan bakal menonton lakonannya dalam "The Amazing Spiderman". Namun ramai yang terkejut apabila bintang ini memiliki loghat British yang pekat. Sekalipun dilahirkan di Los Angeles, Garfield telah dibesarkan di Surrey, England dan memiliki dua kewarganegaraan.

Hugh Laurie


Ya, dia doktor yang bengis dan sarkastik dalam siri televisyen "House". Namun ramai yang terkejut apabila Laurie bercakap dalam loghat British ketika menyampaikan satu anugerah. Tiada siapa menyangka Laurie merupakan kelahiran Oxford, England, bekas graduan Eton dan Cambridge, mempunyai sitkom sendiri bersama Stephen Fry dan turut membintangi sitkom terkenal "Blackadder" bersama Fry dan Rowan Atkinson.

Christian Bale


Pelakon yang terkenal dengan sifat panas baran ini banyak melakonkan watak yang memerlukan dia bercakap dalam slanga Amerika yang pekat. Malah pelakon "American Psycho" dan "The Dark Knight" ini pernah dicalonkan untuk Oscar melalui filem "The Fighter". Namun Bale sebenarnya dilahirkan di Wales.

Jonny Lee Miller

Anda mungkin mengingatinya sebagai si peguam yang mengalami halusinasi akibat aneurism dalam siri televisyen "Eli Stone". Mungkin juga anda mengingati Miller sebagai suami pertama aktres Angelina Jolie. Namun begitu, ramai yang terkejut apabila lelaki ini membuka mulutnya dan bercakap dalam slanga British. Ini kerana Miller dilahirkan di Kingston upon Thames, Surrey, England.

Stephen Graham


Ya, dalam "Boardwalk Empire", Graham melakonkan watak gengster terkenal Al Capone. Lengkap dengan slanga Brooklyn-Itali, tiada siapa menyangka Graham sebenarnya berasal dari Liverpool. Mungkin kerana dia terlalu kerap melakonkan watak gengster di kaca televisyen dan juga filem.

Andrew lincoln


Dia bercakap dalam slanga Selatan, menjadi syerif dan menembak seperti mana-mana lelaki selatan Amerika. Semua itu dilakukan watak Rick Grimes dalam siri televisyen tentang zombie, "The Walking Dead". Namun sebenarnya Lincoln yang melakonkan watak Grimes berasal dari London, England.

Vivien Leigh


Tiada siapa dapat melakukannya seperti Vivien Leigh. Si jelita ini melakonkan watak kesayangan Amerika, si gadis selatan Scarlett O'Hara dalam "Gone With The Wind". O'Hara merupakan simbol kemegahan tradisi selatan Amerika Syarikat dan lambang kebebasan pemikiran kaum wanita sana. Namun demikian, watak tersebut telah dilakonkan oleh seorang pelakon dan bekas isteri Laurence Olivier, Vivien Leigh yang berketurunan Inggeris dan dilahirkan di Darjeeling, India.

0 comments:

Post a Comment