Pages

Monday, June 18, 2012

Pagani Huayra (Gambar)

0 comments


Bila kita sebut je Pagani, kebanyakkan orang akan terbayang Pagani Zonda. Pagani telah mengeluarkan satu model baru iaitu Pagani Huayra. Kereta ini dihasil mengikut konsep Pagani Zonda, cuma di ubahsuai sedikit reka bentuknya. Berat kereta ini kurang daripada 3000 poun dan mempunyai 720 kuasa kuda. Enjin berkapasiti 6.0 liter twin turbo V-12 ini dibangunkan oleh pakar-pakar enjin di AMG.









Sunday, June 17, 2012

Khasiat Teh Yang Baik Untuk Kesihatan

0 comments


Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!

Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan!

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak!

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.

Saturday, June 16, 2012

Persembahan Pixie Lott di Malaysia (Gambar)

0 comments



Bintang Pop UK Pixie Lott telah mengadakan persembahan di Malaysia minggu lepas. Penyanyi berumur 20 tahun dari London ini pernah mengadakan persembahan di Malaysia sebelum ini di MTV World Stage pada tahun 2009. Penyanyi ini telah menyampaikan beberapa lagu hits daripada album terbarunya termasuk lagu popular dia seperti "Kiss The Star", "Dancing On My Own" dan beberapa buah lagu daripada album lamanya seperti "Cry Me Out". Layan beberapa gambar ketika dia mengadakan persembahan..

Pixie Lott Malaysia

Pixie Lott Malaysia

Pixie Lott Malaysia

Pixie Lott Malaysia

Pixie Lott Malaysia

Pixie Lott Malaysia




Wednesday, June 13, 2012

Tips Tidur Nyenyak Waktu Malam

0 comments



Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur.

Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah. 

Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari. 

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari! 

Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli. 

Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang. 

Bersihkan diri 
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi. 

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya. 

Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah. 

Kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.


Lukisan DSLR

0 comments

Tengok tajuk mesti pelik, mana ada lukisan DLSR, kamera DLSR ada la, tapi itu la hakikatnya, lukisan arkilik yang dibuat oleh pelukis Canada Jason de Graaf ini macam gambar yang di tangkap menggunakan kamera DSLR. Lukisan ini dibuat dengan begitu teliti bagi menampakkan lukisan itu seperti ditangkap menggunakan kamera.. Cool

HyperrealHyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal
Hyperreal

Video: Masuk Tempat Parking Yang Failed

0 comments

Kali ni aku nak tunjuk satu video camne sorang pompuan ni masuk kat tempat parking yang aku rasa patutnya ok, tapi tak ok hahaha.. kesian kat dia, dah hentam dinding, pastu pintu lak terkepak.


Monday, June 11, 2012

iOS6 Di Lancarkan Malam Ini?

0 comments


Apple Inc akan memulakan Persidangan Tahunan Pemaju Sedunia (WWDC) 2012 bermula lewat malam nanti (waktu Malaysia) hingga 15 Jun di San Francisco, Amerika Syarikat.
Persidangan tahunan tersebut membangkitkan beberapa spekulasi tentang apa yang syarikat itu bakal tawarkan di kedai elektronik nanti kepada para hadirin dan peminat fanatik Apple di seluruh dunia.

WWDC 2012 dijangka akan merangkumkan beberapa teknologi segar termasuk dikatakan hampir seluruh barisan Mac iaitu Mac Pro, Macbook dan iMac akan dimajukan. Malah terdapat juga cakap-cakap mengatakan terdapat integrasi Facebook untuk iOS, selain fungsi Siri diintegrasi untuk iPad, penambahbaikan iCloud, serta sistem operasi khas mereka iOS 6 di samping OS yang diumumkan sebelum ini, OS X 10.8 Mountain Lion.

Mac lebih besar
Selepas diam tanpa apa-apa benda baru sejak musim panas 2010, desktop Apple iaitu Mac dijangka menerima kemaskini yang akan diperkenalkan ketika WWDC. Malah menurut sumber, terdapat laporan mengatakan tiga model baru Mac Pro akan diperkenalkan dengan salah satu daripadanya yang boleh digunakan sebagai pelayan OS X.
Walaupun belum jelas apa yang baru bakal ditawarkan Mac Pro tetapi spesifikasinya bakal mempunyai cip Intel Xeon E5, teknologi I/O Thunderbolt dan port USB 3.0 (mungkin 2 unit). Menambah kepada spekulasi Mac Pro tersebut ialah kejatuhan harga Mac Pro sedia ada di kedai-kedai atau stor-stor Apple seperti yang anda boleh lihat di Malaysia juga.

iOS 6
Kebanyakan pemerhati Apple percaya syarikat itu sekurang-kurangnya akan memberikan gambaran kepada iOS 6, versi seterusnya untuk platform mudah alih Apple walaupun ia tidak dijangka untuk tiba dengan cepat. Satu khabar angin popular yang bermula pada laman web tertentu mengatakan Apple akan mengintegrasikan Facebook ke iOS, serupa dengan apa yang Apple lakukan dengan Twitter pada tahun 2011.

Jika ini benar, ia bakal membenarkan anda untuk berkongsi gambar, pautan, dan kandungan lain ke Facebook dengan hanya dengan beberapa klik berbanding log masuk dan keluar apps Facebook iOS yang leceh.

Integrasi Facebook juga boleh membuatkannya lebih mudah untuk mendaftar masuk ke aplikasi lain dalam iOS dan perkhidmatan web dengan hanya menggunakan ID Facebook anda.
Pengguna iPad Apple tidak lama lagi mungkin dapat bercakap dengan tablet mereka dengan cara yang sama mereka lakukan pada iPhone 4s. Apple akan fokus kepada integrasi arahan suara Siri akan datang untuk iPad dengan iOS 6.

Apple juga dijangka membuang Google Maps pada iOS 6 dan mula menggunakan teknologi pemetaan sendiri. Aplikasi peta baru dijangka melakukan penampilan sulung pada awal Rabu ini di WWDC iaitu pertengahan persidangan. Menurut The Wall Street Journal, Apple pada tahun-tahun kebelakangan ini telah bergabung dengan beberapa syarikat pemetaan termasuk Placebase, C3 Technologies dan Poly9, yang mencetuskan desas-desus tersebut.

iCloud
Pada pertengahan Mei, laporan baru menunjukkan iCloud akan tampil dengan ciri baru termasuk ciri-ciri perkongsian gambar baru. Ciri-ciri baru akan membenarkan anda berkongsi foto dengan pengguna lain di persekitaran iCloud yang kemudiannya boleh melihatnya dan mengulas mengenai foto anda. Mengikut The Wall Street Journal lagi, Apple juga boleh meningkatkan iCloud.com dengan menambah akses kepada iOS Notes dan aplikasi Reminder. Ia memberikan anda akses kepada mel, kenalan, kalendar, dokumen, dan ciri Find My iPhone.

Kemaskini MacBook
Apple boleh membuat perubahan dramatik kepada barisan produk laptop MacBook Pro, termasuk ciri definisi tinggi paparan 'retina', cip Ivy Bridge, dan storan flash. Laptop baru kali ini juga akan hilang pemacu optiknya, menjadikannya lebih nipis daripada versi semasa.

Mountain Lion
Sudah pasti, Apple akan membincangkan OS X 10.8 Mountain Lion semasa ucaptama WWDC malam ini. Versi terbaru OS X telah mula dikeluarkan sebagai previu pembangun pada Februari lepas. Banyak yang telah diketahui tentang apa yang Mountain Lion boleh lakukan termasuk ciri-ciri keselamatan baru yang dipanggil Gatekeeper, meningkatkan integrasi iCloud dan aplikasi iOS serta ciri-ciri lain seperti Reminder, Notes, Game Center, Messages, Notification Center dan Share Sheets

Apple TV
Satu demonstrasi perisian Apple TV baru juga mungkin diperkenalkan di WWDC kali ini. Tidak banyak yang diketahui mengenai model masa depan Apple seperti yang diidamkan CEO terdahulu Steve Jobs tapi cirinya mungkin satu cara untuk anda mengawal semua komponen hiburan rumah anda dari jauh hanya menggunakan aplikasi.
Walau bagaimanapun, fungsi ini perlu diaktifkan dengan pengilang peranti jadi ada kemungkinan besar ia tidak akan boleh didapati untuk perkakasan elektronik di rumah anda sekarang.