Pages

Friday, June 29, 2012

Selamat Datang Ke Malaysia BMW 1 Series M coupe

0 comments

Siapa tak tahu kereta BMW, laki atau perempuan semua tahu kereta BMW. Sekarang model yang terhangat BMW 1 Series M Coupe telah tiba di Malaysia. Menggunakan enjin enam silinder dengan teknologi BMW M TwinTurbo, kereta ini baru sahaja menerima Best In Class Award di 2012 International Engine of the Year Award. 3.0 liter unit kuasa digabungkan dengan ciri-ciri BMW M, membuatkan kereta ini membunyai prestasi dan kecekapan yang kontemporari, dengan menghasilkan kuasa 250kW/340bhp dan tork maksimum 450Nm dari revolusi serendah 1500rpm.


BMW 1 Series M Coupe terbaru ini mampu memberi prestasi di jalan raya sama seperti di dalam trek perlumbaan dengan keupaayaan memecut dari 0 - 100km/h dalam masa 4.9 saat, sangat menakjubkan.

Dengan hanya beberapa unit yang sangat terhad BMW 1 Series M Coupe dibuat di Malaysia, kereta ini akan menjadi satu kenderaan yang eksklusif, berpotensi untuk menawarkan kepada pelanggan BMW untuk membuat pilihan memiliki kereta yang dinamik dan mewah di negara ini.


Kenapa Kucing Berdengkur

0 comments

Dengkuran kucing atau purring adalah elemen yang sangat istimewa bagi kucing. Membelai kucing yang berdengkur ini terbukti membawa ketenangan kepada manusia yang membelainya dan menurunkan tekanan darah. Dengkuran kucing ini telah lama zaman berzaman membawa senyuman kepada manusia samada tua atau muda. Kucing juga ada digunakan untuk memberi kegembiraan kepada mereka yang berada dalam kesakitan, untuk mereka melupakan kesakitan mereka, atau mungkin juga kesunyian yang melanda. Kucing mampu memberikan ini semua, hanya dengan berkelakuan sebagai kucing.



Namun pakar pengkaji telah memerhati dengan khusus fenomena dengkuran ini dan melihat ia bukan sekadar tanda ketenangan atau kesenangan. Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman, sepertimana kucing yang sedang menghadapi masalah.

Kucing mula berdengkur sebelum mereka dapat membuka mata mereka lagi sejak kecil, terutamanya ketika menyusu, dan memberi ketenangan kepada ibu kucing, yang turut juga berdengkur.

Jika ada kelebihan kucing domestik berbanding Raja Rimba dan mana-mana kucing besar yang lain adalah kucing domestik dapat berdengkur tetapi singa, harimau dan lainnya tidak. Harimau dapat mendengus sebagai tanda persahabatan tetapi hanya ketika menghembus nafas. Tiada keluarga kucing besar dapat berdengkur secara berterusan ketika menyedut dan juga menghembus nafas. Namun begitu, kucing-kucing besar ini meskipun tidak dapat berdengkur, mereka diberikan satu kelebihan lain, iaitu mengaum. Kucing domestik tidak dapat mengaum, iaitu pada saya lebih baik begitu. Tiada siapa yang mahu membela kucing jika kucing dapat mengaum...hehe

Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan. Jika di klinik veterinari, kucing yang cedera juga berdengkur untuk menenangkan dirinya sendiri. Anehnya dengkuran ini didapati berhenti jika dia terdengar bunyi air mengalir, seperti air paip di sinki. Kadangkala doktor terpaksa membuka air ini untuk menghentikan sebentar dengkuran kucing kerana sukar untuk mendengar denyutan jantung kucing disebabkan purring itu.

Walaupun kebanyakan pakar dapat mengenalpasti mengapa kucing berdengkur namun mereka belum pasti bagaimana mereka berdengkur. Pendapat umum mengatakan dengkuran itu berasal dari peti suara yang dipanggil vestibular chord dan laluan udara melalui struktur inilah yang memberikan dengkuran kucing yang memberi ketenangan kepada manusia.

Wednesday, June 27, 2012

Kudocase - iPad case yang mesra alam

0 comments

Korang mesti pernah rasa tension bila korang nak guna ipad, iphone atau gajet-gajet korang tiba-tiba bateri habis pulak, tapi hari ni kita ada eco-friendly iPad case yang boleh membantu. Kudocase ialah iPad case, tapi bukan seperti case lain yang dijual di pasaran. Case ini boleh charge iPad menggunakan tenaga solar, pada masa yang sama boleh digunakan sebagai iPad stand. menggunakan teknologi photovoltaic ink untuk menghasilkan tenaga elektrik dari sumber cahaya dari dalam dan luar dan mengkasilkan kuasa untuk case ini 4mm 10,000 mAh bateri.


Selain iPad, case ini juga boleh charge gajet-gajet yang lain seperti handphone, mp3/mp4 player, camera menggunakan built-in usb port. Bateri case ini mampu bertahan selama 10 hari purata penggunaan, dan case ini sesuai untuk iPad 2 dan iPad 3(The New iPad).


Untuk sesiapa yang suka memelihara tenaga dan ingin setiap gajet dalam keadaan yang sentiasa charge, case ini adalah pilihan yang tepat, dan case ini berharga $190.00



Tuesday, June 26, 2012

Bagaimana M&Ms dicipta

0 comments


Seperti kebanyakkan ciptaan, anda tidak menjangka bagaimana makanan manis yang istimewa ini mula wujud. Forrest Mars Seniors dari Mars Candies sedang menggembara di Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol. Dia melihat askar-askar sedang makan sesuatu yang kelihatan seperti gula-gula. Ia sebenarnya coklat berbalut gula keras. Anda pernah mendengar mengenainya? Balutan itu dibuat agar coklat itu tidak cair. Mars merasakan ini idea yang hebat dan pulang untuk mencipta resepi untuk M&Ms Plain Chocolate Candies.


Orang Ramai mula mengenalinya pada tahun 1941, tetapi askar Amerika yang berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua mencubanya sebelum itu kerana M&Ms disertakan dalam catuan makanan mereka, yang dibungkus dalam tiub. Pihak tentera suka dengan snek ini, kerana ia boleh dibawa di tempat yang mempunyai berbagai-bagai cuaca. Pada akhir 1940-an, M&Ms digemari oleh orang ramai, dan tiub itu digantikan dengan bungkusan berwarna coklat. Pada 1954, M&Ms Peanut Chocolate Candies pula diperkenalkan, dan pada tahun yang sama datang pula watak M&Ms dan slogan, "Coklat yang cair di dalam mulut dan bukan di dalam tangan anda".

M&Ms adalah singkatan untuk Mars and Murrie, sempena Forrest Mars and Bruce Murrie, yang menghasilkan gula-gula ini

Kilat yang luar biasa

0 comments

Kita biasa nampak kilat bila time nak hujan, kilat tu muncul sekejap je, susah orang nak tangkap gambar kilat tu, kalau tunggu mesti lama nak muncul, tapi kalau dah muncul sempat ke nak tangkap gambar. Ini aku nak tunjuk kat korang beberapa gambar kilat yang berjaya di tangkap di beberapa tempat, nampak cantik gak..




Monday, June 25, 2012

Lenovo Pc ternipis di dunia

0 comments


Lenovo telah melancarkan all-in-one PC, mengikut kata Lenovo, ini adalah 27 inci all-in-one PC yang ternipis di dunia. IdeaCentre A720 didatangkan dengan bentuk yg nipis dan menarik dan boleh diubahsuai keadaan desktop yg dari 5 darjah hingga 90 darjah. Boleh juga diletakkan mendatar dan guna seperti tablet yg mempunyai 10-point pelbagai sentuh 27 inci 1920x1080 Full HD paparan skrin sesentuh. Harga untuk PC ini antara $1560 hingga $1900.






MINI ROCKETMAN

0 comments

MINI jenama kereta yang diminati ramai, kalau dulu kereta MINI popular dengan panggilan kereta Mr Bean, sebab kereta tu dipakai Mr Bean dalam siri tv dulu. MINI ROCKETMAN ini ialah kereta konsep yang dibuat besar sedikit daripada kereta mini klasik. Panjang kereta ini 3.4 meter, hanya beberapa sentimeter panjang daripada model asal MINI 1959, lebar 1.9 meter dan ketinggian 1.4 meter. Jom tengok beberapa gambar kereta konsep MINI ROCKETMAN.