Pages

Saturday, March 24, 2012

Sejarah Proton Saga


Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore.Mengapa Mitsubishi dipilih sebagai rakan kongsi?
sebenarnya sebelum berbincang dgn mitsubishi,byk perbincangan dilakukan dgn pengeluar2 kereta yg lain(Daihatsu juga pernah terlibat dlm perbicangan tetapi tidak bersetuju dgn konsep tersebut pd masa itu)tetapi kerana penglibatan terus pengerusi MMC Dr Kubo yg mempunyai keinginan khusus utk mencipta kereta yg mempunyai keperibadian bangsa(nasional)dan Dr Kubo juga telah melihat semangat dan idea Tun Dr Mahathir yg ternyata mempunya visi yg sama dgn beliau.Kereta utk Rakyat!


Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.


Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak.
Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah lampu hadapan lebih nipis, bumper plastik, hendal pintu, gugusan lampu belakang baru dan plat nombor belakang diletakkan pada bumpernya.

3 comments: